KITAR SEMULA | GUNA SEMULA !
GREENMASON kini ahli online GREENPEACE!
Cari Melalui Blog Ini
Sunday, July 19, 2009
DI MANA IKAN SEPILAI?
Saturday, July 18, 2009
Banner GreenMason Untuk Laman Maya Anda!
Info Mengenai Spesies Lebah Mason
Monday, July 13, 2009
Lagu 'Hijau' Terakhir Michael Jackson Akan Diterbitkan!
Thursday, July 9, 2009
Cara Menarik Guna Semula Botol

Robot Dari Mesin Taip oleh Jeremy Mayer


Pulau Syurga Idaman Dari Bahan Terbuang
Ianya kelihatan seperti sebuah pulau yang indah, nyaman dan memiliki tumbuhan-tumbuhan tropika dan sayur-sayuran yang segar. Namun, ia sebenarnya adalah sebuah daratan berbentuk bulat yang dibina dengan kreatifnya di atas ratusan ribu botol plastik! Itulah yang dilakukan Reishee Sowa, seorang artis dan pemuzik, yang mengimpikan sebuah pulau impian untuk dirinya dan akhirnya telah merealisasikan impian tersebut dengan usaha keras beliau mengumpulkan bahan-bahan terbuang. Beliau yang dipulau keluarga sendiri kerana sentiasa bercakap mengenai idea luar biasanya itu telah bertindak nekad membina pulaunya jauh di Mexico. Terletak di Puerto Aventuras, Mexico, pulau syurga impian itu dibina dengan menggunakan 250,000 botol plastik yang diletakkan di bahagian pelantar tapak pulau untuk mengapungkannya. Reishee yang berasal dari England, menggunakan bahan kitar semula yang lain seperti bahan buangan tapak pembinaan, kayu dan beg-beg berisi daun, dan lain-lain. Beliau telah menghabiskan 6 1/2 tahun untuk membina pulau tersebut dan pernah 3 kali membina semula rumah pulaunya akibat dilanda ribut. Kini rumah pulaunya sudah kukuh dan tahan ribut.
Beliau menginginkan pulau yang mesra alam sekitar. Air hujan ditadah untuk tujuan memasak dan minum. Beliau turut bercucuk tanam dan membela beberapa ekor kucing dan anjing untuk menemaninya di atas pulau tersebut. Reishee telah merealisasikan sebuah taman atas pulau yang indah dan mesra alam sebagai usaha kecilnya untuk menyelamatkan planet bumi.Ahli Biologi Marin Pencipta Spongebob
Stephen Hillenburg merupakan pencipta karekter kartun terkenal Spongebob Squarepants.Beliau juga merupakan seorang ahli biologi marin sejak tahun 1984 dan mengajar subjek tersebut di Orange County Ocean Institute. Selepas menamatkan pengajiannya di Savanna High School di Anaheim, California, Hillenburg menyertai Humboldt State University dan menamatkan pengajiannya itu pada 1984 dengan segulung ijazah dalam bidang Pengurusan Sumber Asli dan Interpretasi, dengan pengkhususan Sumber Marin. Pada tahun 1987, Hillenburg mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada minat keduanya selepas biologi marin, iaitu bidang animasi.Pada 1992, Hillenburg mendapat ijazah sarjana dalam bidang animasi eksperimental dari California Institute of the Arts.Tuesday, July 7, 2009
Tribut Buat Pencinta Alam, Michael Jackson
MICHAEL JACKSON - EARTH SONG
Lirik:
What about sunrise What about rain What about all the things That you said we were to gain.. . What about killing fields Is there a time What about all the things That you said was yours and mine... Did you ever stop to notice All the blood we've shed before Did you ever stop to notice The crying Earth the weeping shores? Aaaaaaaaaah Aaaaaaaaaah What have we done to the world Look what we've done What about all the peace That you pledge your only son... What about flowering fields Is there a time What about all the dreams That you said was yours and mine... Did you ever stop to notice All the children dead from war Did you ever stop to notice The crying Earth the weeping shores Aaaaaaaaaaah Aaaaaaaaaaah I used to dream I used to glance beyond the stars Now I don't know where we are Although I know we've drifted far Aaaaaaaaaaah Aaaaaaaaaaaah Aaaaaaaaaaah Aaaaaaaaaaaah Hey, what about yesterday (What about us) What about the seas (What about us) The heavens are falling down (What about us) I can't even breathe (What about us) What about the bleeding Earth (What about us) Can't we feel its wounds (What about us) What about nature's worth (ooo,ooo) It's our planet's womb (What about us) What about animals (What about it) We've turned kingdoms to dust (What about us) What about elephants (What about us) Have we lost their trust (What about us) What about crying whales (What about us) We're ravaging the seas (What about us) What about forest trails (ooo, ooo) Burnt despite our pleas (What about us) What about the holy land (What about it) Torn apart by creed (What about us) What about the common man (What about us) Can't we set him free (What about us) What about children dying (What about us) Can't you hear them cry (What about us) Where did we go wrong (ooo, ooo) Someone tell me why (What about us) What about babies (What about it) What about the days (What about us) What about all their joy (What about us) What about the man (What about us) What about the crying man (What about us) What about Abraham (What was us) What about death again (ooo, ooo) Do we give a damn
Monday, July 6, 2009
Selamat Datang!
Terima kasih kerana anda sudi mengunjungi laman blog GreenMason. GreenMason diwujudkan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar. Sebenarnya, mudah sahaja untuk kita memusnahkan dunia yang kita diami ini, dan kita telah melakukannya sejak sekian lama. Natijahnya, bukan sahaja kita yang terkesan dengan kerakusan kita meratah dan menodai alam, bahkan anak-anak cucu kita di masa hadapan juga akan membayar harga yang mahal atas kesilapan yang kita lakukan kelmarin, hari ini dan esok hari. Seperti memusnahkan, memulihara semula alam juga sebenarnya tidak sukar. Mungkin kita boleh mulakan dengan diri sendiri dahulu, atau dilakukan dalam keluarga sebagai permulaan. Di Barat, memulihara dan memelihara alam sekitar adalah satu nilai yang dipandang tinggi. Blog ini akan menyajikan anda dengan pelbagai maklumat seputar isu alam sekitar dan usaha-usaha memuliharanya. Sekiranya anda berminat untuk menyertai usaha kecil, tetapi amat murni ini, sila email kepada kami di alamat email: knightsofviridis@gmail.com, dengan berkongsi kepada kami, apakah yang anda boleh lakukan sekiranya anda menyertai pergerakan pencinta alam amatur GreenMason ini. Kami amat menghargai sokongan padu anda dan tidak sabar menantikan penyertaan anda dalam apa bentuk atau cara sekali pun.


