KITAR SEMULA | GUNA SEMULA !

GREENMASON - blog kumpulan pencinta alam berinspirasikan keazaman komuniti Lebah Mason menjaga keseimbangan alam.

GREENMASON kini ahli online GREENPEACE!


Cari Melalui Blog Ini

Monday, July 6, 2009

Selamat Datang!

Terima kasih kerana anda sudi mengunjungi laman blog GreenMason. GreenMason diwujudkan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar. Sebenarnya, mudah sahaja untuk kita memusnahkan dunia yang kita diami ini, dan kita telah melakukannya sejak sekian lama. Natijahnya, bukan sahaja kita yang terkesan dengan kerakusan kita meratah dan menodai alam, bahkan anak-anak cucu kita di masa hadapan juga akan membayar harga yang mahal atas kesilapan yang kita lakukan kelmarin, hari ini dan esok hari. Seperti memusnahkan, memulihara semula alam juga sebenarnya tidak sukar. Mungkin kita boleh mulakan dengan diri sendiri dahulu, atau dilakukan dalam keluarga sebagai permulaan. Di Barat, memulihara dan memelihara alam sekitar adalah satu nilai yang dipandang tinggi. Blog ini akan menyajikan anda dengan pelbagai maklumat seputar isu alam sekitar dan usaha-usaha memuliharanya. Sekiranya anda berminat untuk menyertai usaha kecil, tetapi amat murni ini, sila email kepada kami di alamat email: knightsofviridis@gmail.com, dengan berkongsi kepada kami, apakah yang anda boleh lakukan sekiranya anda menyertai pergerakan pencinta alam amatur GreenMason ini. Kami amat menghargai sokongan padu anda dan tidak sabar menantikan penyertaan anda dalam apa bentuk atau cara sekali pun.

No comments: