KITAR SEMULA | GUNA SEMULA !

GREENMASON - blog kumpulan pencinta alam berinspirasikan keazaman komuniti Lebah Mason menjaga keseimbangan alam.

GREENMASON kini ahli online GREENPEACE!


Cari Melalui Blog Ini

Sunday, July 19, 2009

DI MANA IKAN SEPILAI?

Ketika zaman kanak-kanak dahulu, saya gemar mencari ikan di parit sebelah rumah ibu saudara saya di kampung (Kok Lanas). Keseronokan meranduk air, dan meletakkan tin-tin kosong sebagai 'tukun' bertujuan memerangkap ikan merupakan pengalaman yang sukar dilupakan. Ikan yang paling saya harap masuk perangkap adalah ikan laga atau ikan sepilai. Saya amat meminati ikan tersebut. 20 tahun dulu, parit kecil sepanjang 10 meter itu melupakan lubuk bermacam jenis ikan air tawar termasuk yang dikategorikan sebagai ikan hiasan. Antaranya ikan laga tadi, kaloi, puyu, haruan, sepat, belut dan beberapa spesis ikan kecil yang cantik-cantik. Namun, itu cerita 20 tahun dulu. Parit itu sekarang sudah kering, terkadang bahan buangan dari restoran yang asalnya rumah ibu saudara saya itu memenuhi parit yang kian mengecil dan cetek itu. Airnya busuk, sampah-sampah plastik dan nyamuk-nyamuk mengambil alih parit yang penuh kenangan buat saya dan sahabat-sahabat itu. Ikan sepilai sudah teramat jarang ditemui di parit-parit kita. Anak-anak sudah tidak kenal kecantikan ikan tersebut. Sedih, apabila hendak melihat ikan sepilai, kita terpaksa ke kedai dan membelinya dalam botol-botol kecil. Habitatnya sudah musnah akibat pembangunan tidak terancang dan pencemaran.

Saturday, July 18, 2009

Banner GreenMason Untuk Laman Maya Anda!

Pelawat yang dihargai. Sokonglah usaha GreenMason menyebarkan mesej kesedaran alam sekitar dengan memasukkan banner GreenMason ke laman maya anda. Ia percuma! Cuma klik kanan atas imej, dan simpan gambar. Jika tidak keberatan, tinggalkan alamat blog atau laman web anda di ruangan komen dalam blog kami. Kami akan lawati blog anda nanti sebagai tanda penghargaan. Terima kasih atas sokongan anda.

Info Mengenai Spesies Lebah Mason

Mason Bee, common name for solitary bees that build part or all of their nests with mud or plant fiber chewed into a paste. Some species construct mud nests on exposed surfaces such as rocks. Others construct mud partitions between a linear series of brood cells (compartments for the larvae) that are produced in soil, hollow plant stems, or preexisting cavities, including empty snail shells and insect tunnels bored in wood. Most mason bees are smaller than honey bees, but some are about the same size as honey bees or slightly larger. They have stout bodies, and many species are metallic green or bluish in color. Mason bees are common in the western United States, especially in forested regions, but they are also found in many other parts of the northern hemisphere. About 140 species of mason bees are found in North America out of about 200 species worldwide. These bees have a sting but do not attack defensively unless handled. The orchard mason bee, or blue orchard bee, is a metallic blue-black species about 13 mm (0.5 in) long. This bee, native to North America, specializes in collecting pollen from the flowers of fruit trees. In some parts of the United States, the bees are cultivated to pollinate orchard crops, especially apples. This bee nests in holes in wood and the females prefer to make nests close to each other in aggregations. These traits are used to concentrate enough bees in an area for commercial pollination. Blocks of wood with holes drilled in them attract nesting bees. These nest blocks are hung from trees or are placed in shelters for protection from the weather. Orchard mason bees mate in the spring. The females then begin to collect pollen and lay eggs. Larval bees feed for several weeks inside their closed cells. They pupate in late summer and spend the autumn and winter as adults inside their pupal cocoons in the nest. They emerge from the cocoons in the spring, coinciding with flowering of many orchard crops. The new generation of bees then begins the cycle over again. Orchard mason bees are very effective pollinators. Two or three females can pollinate the equivalent of a mature apple tree in one season. They fly in cool or rainy weather and can supplement or replace honey bees as commercial pollinators in some situations. Other mason bees are also used for pollination. Another North American species, the blue blueberry bee, is used as a pollinator for blueberry plants. The Japanese hornfaced bee is native to Japan and has been used for apple pollination there for more than 50 years. One female can pollinate over 2000 apple flowers per day. The Spanish hornfaced bee is used similarly in Spain for pollinating the flowers of almond trees. Scientific classification: Mason bees comprise the genus Osmia in the leafcutter bee family Megachilidae, order Hymenoptera. The orchard mason bee is Osmia lignaria, the Japanese hornfaced bee is Osmia cornuta, and the Spanish hornfaced bee is Osmia cornifrons; the blue blueberry bee is Osmia ribifloris.

Monday, July 13, 2009

Lagu 'Hijau' Terakhir Michael Jackson Akan Diterbitkan!

Michael Jackson, megastar terkenal dunia kini sudah tiada. Minat mendalam Michael terhadap isu memulih dan memelihara alam sekitar sememangnya diketahui umum. Antara lagu-lagu berunsur alam sekitar beliau adalah "Earth Song" dan "Heal the World". Namun, mungkin ramai yang masih belum mengetahui bahawa, dua hari sebelum beliau meninggal dunia, MJ dikatakan telah menulis sebuah lagu baru mengenai alam sekitar yang dijangka menjadi hit terbaru beliau. Lagu yang belum diberi tajuk itu kini menjadi salah satu dari ratusan 'lagu-lagu rahsia' MJ yang ditemui dalam simpanannya. MJ sememangnya terkenal dengan aktiviti-aktiviti melibatkan penyelamatan alam sekitar, namun anda mungkin terkejut jika mengetahui bahawa lagu "Heal the World" yang diterbitkan pada 1996 itu tidak begitu 'dikenali' dalam kalangan masyarakat Amerika Syarikat, sesuatu yang memeranjatkan para peminatnya dan pengkritik muzik. Berbanding masyarakat luar AS yang menganggap lagu tersebut sebagai green-anthem.

Thursday, July 9, 2009

Cara Menarik Guna Semula Botol

Ketika menjalankan aktiviti guna semula dalam kelas-kelas Seni Visual saya di SMK Dato' Ahmad Maher, KB, saya sering ditanya oleh para pelajar mengenai cara mengguna semula botol-botol plastik. Idea biasa yang diketengahkan ialah dengan menghasilkan bekas letak alat tulis, bekas bunga, dan tabung syiling. Namun, idea di bawah amat menarik. Sila cuba sendiri di rumah!

Robot Dari Mesin Taip oleh Jeremy Mayer

Kitar semula bahan-bahan terbuang kadang kala boleh menjadi sangat kreatif. Lihat sahaja robot-robot yang dihasilkan dari bahan terbuang di bawah, hasil ciptaan kreatif oleh Jeremy Mayer. Beliau yang tinggal di sebuah pekan kecil di Iowa, amat meminati mesin taip sejak kecil. Kemudian, cetusan idea daripada minat beliau terhadap mesin taip, telah menghasilkan beberapa ciptaan robot yang amat mengagumkan. Lebih menakjubkan, Jeremy hanya menyambung bahagian-bahagian mesin taip itu tanpa menggunakan gam mahupun welding. Syabas Jeremy dan selamat mencuba kepada anda semua!

Pulau Syurga Idaman Dari Bahan Terbuang

Ianya kelihatan seperti sebuah pulau yang indah, nyaman dan memiliki tumbuhan-tumbuhan tropika dan sayur-sayuran yang segar. Namun, ia sebenarnya adalah sebuah daratan berbentuk bulat yang dibina dengan kreatifnya di atas ratusan ribu botol plastik! Itulah yang dilakukan Reishee Sowa, seorang artis dan pemuzik, yang mengimpikan sebuah pulau impian untuk dirinya dan akhirnya telah merealisasikan impian tersebut dengan usaha keras beliau mengumpulkan bahan-bahan terbuang. Beliau yang dipulau keluarga sendiri kerana sentiasa bercakap mengenai idea luar biasanya itu telah bertindak nekad membina pulaunya jauh di Mexico. Terletak di Puerto Aventuras, Mexico, pulau syurga impian itu dibina dengan menggunakan 250,000 botol plastik yang diletakkan di bahagian pelantar tapak pulau untuk mengapungkannya. Reishee yang berasal dari England, menggunakan bahan kitar semula yang lain seperti bahan buangan tapak pembinaan, kayu dan beg-beg berisi daun, dan lain-lain. Beliau telah menghabiskan 6 1/2 tahun untuk membina pulau tersebut dan pernah 3 kali membina semula rumah pulaunya akibat dilanda ribut. Kini rumah pulaunya sudah kukuh dan tahan ribut.
Beliau menginginkan pulau yang mesra alam sekitar. Air hujan ditadah untuk tujuan memasak dan minum. Beliau turut bercucuk tanam dan membela beberapa ekor kucing dan anjing untuk menemaninya di atas pulau tersebut. Reishee telah merealisasikan sebuah taman atas pulau yang indah dan mesra alam sebagai usaha kecilnya untuk menyelamatkan planet bumi.