
Michael Jackson, megastar terkenal dunia kini sudah tiada. Minat mendalam Michael terhadap isu memulih dan memelihara alam sekitar sememangnya diketahui umum. Antara lagu-lagu berunsur alam sekitar beliau adalah "Earth Song" dan "Heal the World". Namun, mungkin ramai yang masih belum mengetahui bahawa, dua hari sebelum beliau meninggal dunia, MJ dikatakan telah menulis sebuah lagu baru mengenai alam sekitar yang dijangka menjadi hit terbaru beliau. Lagu yang belum diberi tajuk itu kini menjadi salah satu dari ratusan 'lagu-lagu rahsia' MJ yang ditemui dalam simpanannya. MJ sememangnya terkenal dengan aktiviti-aktiviti melibatkan penyelamatan alam sekitar, namun anda mungkin terkejut jika mengetahui bahawa lagu "Heal the World" yang diterbitkan pada 1996 itu tidak begitu 'dikenali' dalam kalangan masyarakat Amerika Syarikat, sesuatu yang memeranjatkan para peminatnya dan pengkritik muzik. Berbanding masyarakat luar AS yang menganggap lagu tersebut sebagai green-anthem.
No comments:
Post a Comment