
Ianya kelihatan seperti sebuah pulau yang indah, nyaman dan memiliki tumbuhan-tumbuhan tropika dan sayur-sayuran yang segar. Namun, ia sebenarnya adalah sebuah daratan berbentuk bulat yang dibina dengan kreatifnya di atas ratusan ribu botol plastik! Itulah yang dilakukan Reishee Sowa, seorang artis dan pemuzik, yang mengimpikan sebuah pulau impian untuk dirinya dan akhirnya telah merealisasikan impian tersebut dengan usaha keras beliau mengumpulkan bahan-bahan terbuang. Beliau yang dipulau keluarga sendiri kerana sentiasa bercakap mengenai idea luar biasanya itu telah bertindak nekad membina pulaunya jauh di Mexico. Terletak di Puerto Aventuras, Mexico, pulau syurga impian itu dibina dengan menggunakan 250,000 botol plastik yang diletakkan di bahagian pelantar tapak pulau untuk mengapungkannya. Reishee yang berasal dari England, menggunakan bahan kitar semula yang lain seperti bahan buangan tapak pembinaan, kayu dan beg-beg berisi daun, dan lain-lain. Beliau telah menghabiskan 6 1/2 tahun untuk membina pulau tersebut dan pernah 3 kali membina semula rumah pulaunya akibat dilanda ribut. Kini rumah pulaunya sudah kukuh dan tahan ribut.

Beliau menginginkan pulau yang mesra alam sekitar. Air hujan ditadah untuk tujuan memasak dan minum. Beliau turut bercucuk tanam dan membela beberapa ekor kucing dan anjing untuk menemaninya di atas pulau tersebut. Reishee telah merealisasikan sebuah taman atas pulau yang indah dan mesra alam sebagai usaha kecilnya untuk menyelamatkan planet bumi.
No comments:
Post a Comment