KITAR SEMULA | GUNA SEMULA !

GREENMASON - blog kumpulan pencinta alam berinspirasikan keazaman komuniti Lebah Mason menjaga keseimbangan alam.

GREENMASON kini ahli online GREENPEACE!


Cari Melalui Blog Ini

Thursday, July 9, 2009

Ahli Biologi Marin Pencipta Spongebob

Stephen Hillenburg merupakan pencipta karekter kartun terkenal Spongebob Squarepants.Beliau juga merupakan seorang ahli biologi marin sejak tahun 1984 dan mengajar subjek tersebut di Orange County Ocean Institute. Selepas menamatkan pengajiannya di Savanna High School di Anaheim, California, Hillenburg menyertai Humboldt State University dan menamatkan pengajiannya itu pada 1984 dengan segulung ijazah dalam bidang Pengurusan Sumber Asli dan Interpretasi, dengan pengkhususan Sumber Marin. Pada tahun 1987, Hillenburg mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada minat keduanya selepas biologi marin, iaitu bidang animasi.Pada 1992, Hillenburg mendapat ijazah sarjana dalam bidang animasi eksperimental dari California Institute of the Arts.

No comments: