KITAR SEMULA | GUNA SEMULA !

GREENMASON - blog kumpulan pencinta alam berinspirasikan keazaman komuniti Lebah Mason menjaga keseimbangan alam.

GREENMASON kini ahli online GREENPEACE!


Cari Melalui Blog Ini

Sunday, July 19, 2009

DI MANA IKAN SEPILAI?

Ketika zaman kanak-kanak dahulu, saya gemar mencari ikan di parit sebelah rumah ibu saudara saya di kampung (Kok Lanas). Keseronokan meranduk air, dan meletakkan tin-tin kosong sebagai 'tukun' bertujuan memerangkap ikan merupakan pengalaman yang sukar dilupakan. Ikan yang paling saya harap masuk perangkap adalah ikan laga atau ikan sepilai. Saya amat meminati ikan tersebut. 20 tahun dulu, parit kecil sepanjang 10 meter itu melupakan lubuk bermacam jenis ikan air tawar termasuk yang dikategorikan sebagai ikan hiasan. Antaranya ikan laga tadi, kaloi, puyu, haruan, sepat, belut dan beberapa spesis ikan kecil yang cantik-cantik. Namun, itu cerita 20 tahun dulu. Parit itu sekarang sudah kering, terkadang bahan buangan dari restoran yang asalnya rumah ibu saudara saya itu memenuhi parit yang kian mengecil dan cetek itu. Airnya busuk, sampah-sampah plastik dan nyamuk-nyamuk mengambil alih parit yang penuh kenangan buat saya dan sahabat-sahabat itu. Ikan sepilai sudah teramat jarang ditemui di parit-parit kita. Anak-anak sudah tidak kenal kecantikan ikan tersebut. Sedih, apabila hendak melihat ikan sepilai, kita terpaksa ke kedai dan membelinya dalam botol-botol kecil. Habitatnya sudah musnah akibat pembangunan tidak terancang dan pencemaran.

No comments: